Elak Broker Forex Scam Dengan 5 Kriteria Ini

Dikemaskini pada

Pernah dengar orang sebut “Forex ni scam” atau “Broker Forex scam semuanya”?

Kalau pernah dengar, jangan risau, anda tak keseorangan. Sebagai salah seorang yang aktif dalam industri Forex Trading, anda akan dengar macam-macam tuduhan berkaitan dengan scam.

“Forex ni tempat scammer tipu orang”,

“Broker Forex scam dia level Pak Man Telo versi moden”,

“Ye ke trade Forex, entah entah tipu orang”,

Dan sebagainya lagi.

Broker Forex Scam

Antara yang menyumbang kepada masalah Forex = Scam adalah broker Forex yang modus operandi mereka adalah untuk menipu duit para trader.

Skim Piramid

Paling terkenal broker Forex yang scam adalah broker Forex yang ada skim “jana duit dengan goyang kaki”.

Dengar saja ayat “dapat duit bulan-bulan tanpa buat apa-apa”, terus lari jauh-jauh jangan hulurkan walau duit minum kopi sekalipun!

Dalam dunia pelaburan, “duduk diam dapat duit” ibarat satu skim magik yang tak wujud. Jadi jangan sesekali terjebak dalam skim broker Forex sebegini.

Pada tahun 2013-2014 sebuah broker Forex dengan gilang-gemilang mempromosikan skim emas didagangkan dengan USD dan ramai telah “melabur” duit ke dalam broker tersebut.

broker skim piramid
Elakkan broker Forex yang menjalankan operasi skim piramid

Pulangan 10% Sebulan

Sebulan dijanjikan 10% pulangan (tak perlu buat apa-apa) daripada jumlah pelaburan.

Bulan pertama dapat 10%, bulan kedua dapat 10% bulan ketiga dapat 10%.

Kemudian, bulan keempat susah nak withdraw, bulan kelima masih menunggu 10% bulan keempat.

Bulan keenam, hubungi upline, katanya sistem tengah kemaskini. Bulan ketujuh, semua senyap. 3 bulan dapat 30% yang pertama daripada modal. Lagi 70% hangus begitu saja.

Bayangkan ada yang melabur RM100,000 hasil simpanan dalam Tabung Haji, siap ada yang jual tanah untuk melabur akhirnya hangus begitu saja.

RM30,000 dapat balik tapi RM70,000 lebur bersama harapan.

Pedih kan?

pulangan-broker-forex
Hati-hati dengan pulangan yang mencurigakan!

Jauhi broker Forex dengan skim merapu

Dan mereka yang terkena dengan broker Forex scam sebegini, terutama broker skim piramid terus melabel Forex ini scam.

Sedangkan yang scam mereka adalah broker Forex dan orang-orang di dalamnya.

Jika anda belum pernah terlibat dalam sebegini, kami ucapkan tahniah. Sekiranya sudah terlibat dan sudah hangus wang, belajar trade Forex dengan baik dan pilih broker Forex yang dipercayai.

Kami senaraikan broker Forex yang kami sarankan untuk anda dalam artikel ini.

Pasaran Forex Besar

Dengan pasaran dagangan terbesar di dunia dengan jumlah $1.65 trilion sehari, ia menjadikan pasaran Forex adalah pasaran yang diibaratkan wang itu di mana-mana.

Dengan jumlah wang yang sebesar ini dengan kebanyakan broker Forex menyediakan dagangan segera maka banyaklah timbul broker-broker Forex yang berisiko tinggi.

Oleh disebabkan banyak kes penipuan berlaku dalam kalangan broker dan trader Forex maka pada tahun 19821 CFTC membentuk National Futures Association (NFA) iaitu badan yang kawal selia syarikat yang menjalankan urusan dagangan.

pasaran-forex-besar
Pasaran Forex sangat besar membuka pintu yang jujur dan tidak jujur

Walaubagaimanapun di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Orang kalau dia nak menipu, dia tipu juga

Trader Otai

Betul kan apa yang Trader Otai cakap tu?

Nak ke arah jalan benar, orang akan usaha untuk ke arah sana. Sama seperti ke arah jalan yang salah, orang juga akan usaha juga untuk ke arah sana.

Kriteria Broker Forex Scam

Ada banyak kriteria-kriteria sesebuah broker Forex itu berisiko tinggi dan dalam artikel ini kami akan senaraikannya untuk anda take note supaya tidak terkena dengan broker Forex berisiko tinggi dan scam.

Cuma untuk peringatan awal, mantera mudah untuk anda tak terkena dengan broker Forex ni adalah, too good to be true.

Maksudnya kalau ada sesuatu tawaran ni macam terlalu bagus sampai tak masuk akal, elakkan!

Tanya dalam kepala anda, “kalau betul dia profit macam ni tanpa buat apa-apa, kenapa negara tak melabur saja pada dia?”.

Ada logik kan soalan tu?

Kalau setiap bulan dapat 10%, pastinya Bill Gates pun datang hulur duit lah kan! Anda faham? Bagus, jauhkan diri anda daripada skim sebegini.

Berbalik pada kriteria, jom kami senaraikan untuk anda.

lesen-broker-forex
Carilah broker Forex yang berlesen dan dikawal selia

Tiada Lesen & Tidak Dikawal Selia

Broker Forex yang tiada lesen, automatik dikira broker Forex yang anda kena jauhkan diri cepat-cepat.

Manakala broker Forex yang tidak dikawal selia, bagi kami, ia dikelaskan sebagai broker Forex berisiko tinggi.

Maksudnya boleh trade di situ tetapi ambil langkah berjaga-jaga. Setiap kali profit, terus withdraw.

Ada broker Forex sebegini mungkin dulu dikawal selia kemudian kerana tidak menepati kriteria lulus kawal selia, maka tiada kawal selia oleh badan-badan regulator.

Tapi, kenapa nak trade guna broker Forex berisiko tinggi kan? Lebih baik elakkan daripada terkena.

Menyesal di kemudian hari tak berbaloi!

Candlestick Melawan Arus

Kebiasaaannya broker yang licik, mereka akan jadikan candlestick sebagai modus operandi mereka.

Stop-Loss Hunting

Tiap kali buka position, candlestick cari SL kita dulu. Sell ke buy ke, yang penting candlestick jalan cari SL kita kemudian kalau analisa kita betul, dia pergi ke arah yang sepatutnya.

Sakit hati kan?

Ya, memang ada broker yang sengaja cari SL anda khas untuk meraih untung. Dalam masa sama mesti emosi anda kacau dan motivasi untuk trade akan menurun dan menurun.

Kena sentiasa semak pergerakan harga dan jika ada pergerakan mencurigakan, apa nak buat?

Bandingkan harga yang bergerak dengan chart di bank atau di web seperti Investing untuk pastikan yang broker tak game anda.

Spread Kembang

Istilah spread kembang ni fahamkan begini, anda nak masukkan harga pada 1.0001, spread asal sepatutnya 1.0011.

Tiba-tiba terkena dengan harga 1.00111. Ini semestinya spread itu tiba-tiba menjadi besar dan anda masukkan harga pada harga tersebut.

Ini antara modus operandi paling senang nak dikesan dan biasanya akan berlaku ketika adanya berita-berita besar yang berkaitan dengan matawang yang didagangkan.

withraw-duit-forex
Withdrawa duit daripada broker Forex biarlah yang paling laju dan senang

Susah Withdraw

Antara cara nak kesan broker Forex bermasalah adalah dengan proses withdraw.

Deposit punya mudah, withdraw sampai makan hari. Jaga-jaga!

Broker Forex yang baik adalah broker Forex yang ada local deposit & withdraw supaya klien seperti anda boleh deposit dan withdraw duit dengan cepat.

Susah Login Akaun

Selepas mendaftar, pastikan untuk login akaun, ia tidak susah untuk dilakukan.

Biasanya broker yang sudah lama dan bagus mempunyai sistem yang sangat baik dan mesra-pengguna. Tiada liku-liku yang menyusahkan.

Pastikan juga broker Forex dipilih menggunakan MT4

pilih-broker-forex-bagus
Sentiasa pilih broker Forex yang dipercayai dan dikawal selia

Pemilihan Broker Forex

Untuk memilih broker Forex yang dipercayai, kami senaraikan di bawah bagaimana anda boleh buat kajian :

  • Google adalah rujukan anda yang terbaik. Sentiasa buat bacaan mengenai broker Forex yang anda ingin gunakan
  • Semak lesen dan adakah mereka dikawal selia oleh badan-badan penting seperti CySec, NFA dan lain-lain
  • Pastikan tiada aduan yang kritikal mengenai broker tersebut terutama bab withdraw duit
  • Baca terms & conditions sebelum buka akaun dengan sesebuah broker
  • Jika anda berpuas hati dengan broker Forex yang anda pilih, mulakan dengan jumlah deposit yang kecil terlebih dahulu
  • Sentiasa peka dengan berita mengenai broker Forex pilihan anda

Dalam artikel ini kami tuliskan bagaimana mahu memilih broker Forex yang boleh dipercayai dengan lebih mendalam.

Dan sekiranya anda mahu broker pilihan kami, anda boleh terus ke artikel ini.

Di bawah merupakan senarai broker yang kami sarankan untuk anda dan untuk buka akaun, anda boleh klik butang buka akaun di sebelah kanan.

BrokerTahun DiasaskanDikawal SeliaLocal Depo & WDBuka Akaun
XM2009FCA, CySec, ASIC✔️
FBS2009IFSC✔️
FXPro2006FCA✔️

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *