5 Broker Forex Terbaik

Dikemaskini pada

Dalam artikel ini, kami senaraikan 5 broker Forex terbaik khas untuk dijadikan panduan untuk anda supaya tidak tersalah pilih broker forex.

Salah satu mimpi ngeri seorang forex trader adalah salah pilih broker forex. Memilih broker forex ini sama pentingnya dengan buy atau sell. Tersalah pilih, kerugian itu pasti!

Ini adalah skrip yang selalu saya dengar apabila broker forex buat hal,

“Habislah! Aku tak dapat withdraw profit daripada broker XYZ”,

“Klik saja buy, candle reverse dulu makan SL aku, lepas tu baru dia lompat naik, stres aku!”

forex-broker-terbaik-1
Sekali terkena dengan broker berisiko tinggi memang garu kepala stres

Dan banyak lagi yang sekali terkena, rugi bukan sikit-sikit, yang kena 5 angka ada yang 4 angka tak payah cakap, ramai!

Pilih dengan baik dan tradelah dengan hati yang tenang.

Senarai Broker Forex Terbaik

Kami senaraikan broker Forex terbaik yang dipilih mengikut kriteria-kriteria penting terutama daripada segi pematuhan peraturan.

Antara kriteria lain yang kami utamakan adalah :

  1. Diiktiraf oleh badan-badan regulation
  2. Diyakini oleh institusi kewangan besar
  3. Dicadangkan oleh trader-trader lama
  4. Mempunyai leverage & bonus yang baik

Kenapa kami senaraikan 5 adalah kerana untuk berikan anda pilihan yang lebih kena dengan jiwa anda. Daripada 5 ini, anda boleh pilih salah satu.

BrokerTahun DiasaskanDikawal SeliaLocal Depo & WDBuka Akaun
XM2009FCA, CySec, ASIC✔️
FBS2009IFSC✔️
FXPro2006FCA✔️

Mungkin semalam ada kawan cakap broker A ok, anda cek, ada dalam senarai ni. Tak perlu fikir panjang, boleh terus gunakan broker A.

Semua broker yang disenaraikan adalah patuh peraturan broker, yang membezakan adalah daripada leverage, bonus dan lain-lain.

Daripada peraturan, kelima-lima broker ini sangat telus dan diyakini oleh ramai trader forex di seluruh dunia.

Malah, institusi kewangan juga ramai menggunakan khidmat broker-broker yang disenaraikan.

Berapa Broker kena Pilih?

Bagi kami, pilih lebih daripada 1 dan kurang daripada 3. Kenapa?

Kita ambil 1 analogi mudah.

Kita simpan semua telur kita dalam 1 bakul besar. 1 hari, kucing datang dan langgar bakul tersebut sampai jatuh.

Apa jadi pada telur-telur tu?

Kita putih mata saja tengok telur-telur pecah atas lantai kan. Nak salahkan siapa? Kucing?

Jadi apabila kita pecahkan telur-telur ke dalam 1-3 bakul yang berbeza dan ditempatkan di tempat lain-lain maka kalau 1 bakul jatuh, ada 2 bakul lagi yang ada telur kita.

Jangan letak semua duit dalam 1 broker forex yang sama

Trader Otai
broker forex terbaik 2
Susun telur anda dalam bakul berlainan untuk elakkan daripada semua pecah sekaligus

Kenapa pilih broker ini?

Ada banyak sebab kukuh kenapa kami pilih broker forex terbaik yang disenaraikan.

Kami perincikan di bawah.

XM

Broker XM tidak asing lagi dengan trader-trader Malaysia. Dengan servis local deposit yang sangat laju, ia merupakan broker favourite ramai.

Live chat & support mereka juga dalam bahasa Melayu sepenuhnya dan diadakan seminar mingguan dan bulanan.

Buka Akaun 🖱️

FXPro

Broker FXPro merupakan broker yang diyakini oleh institusi kewangan antarabangsa. Ia juga mempunyai bonus-bonus yang sangat bagus.

Pertandingan yang diadakan oleh mereka juga kerap dengan hadiah yang lumayan untuk para trader.

Buka Akaun 🖱️

Elakkan terkena dengan broker forex tak sah

Kami nak elakkan anda daripada terkena dengan broker yang :

  • Tiada pengiktirafan regulator (kemungkinan besar broker scam)
  • Chart merapu (nak buy, tiba-tiba candle reverse ke bawah dulu)
  • Tak ada local depo & wd (susah nak proses duit nanti)

Jadi, macam mana nak pilih broker forex yang sah?

Secara asasnya, senarai ini sudah cukup membantu anda. Jika anda rasa maklumat daripada senarai ini tidak mencukupi, anda boleh tanya rakan-rakan trader lama.

Atau anda juga boleh buat kajian sendiri yang mana akan mengambil masa anda dan silap-silap anda akan burn duit anda semasa kaji dan uji broker yang anda mahu cuba.

broker forex terbaik 3
Elakkan daripada broker Forex berisiko tinggi dan scam

Broker Berisiko Tinggi & Broker Scam

Broker berisiko tinggi adalah broker yang tidak diregulate oleh mana-mana badan.

Kemungkinan besar ia adalah bucket shop broker yang biasanya akan menjadi masalah kepada para trader forex.

Perkara-perkara seperti di bawah biasa berlaku dengan broker berisiko tinggi :

  • Tersilap harga, lain kita key-in lain dia key-in
  • Candle lari arah sebelum ke arah yang mengikut chart sebenar
  • Tiap kali trade, Stop Loss kita yang candle cari dulu

Apa-apa sahaja pergerakan harga yang menguntungkan broker adalah sangat mencurigakan.

Tetapi!

Pergerakan harga atau kesilapan harga yang dimasukkan, kebanyakan broker berisiko tinggi akan beroperasi dengan sangat halus.

Semua ini tidak ketara jika kita tidak perhatikan dengan teliti. Slippage mungkin hanyalah 0.01% dan leverage tiba-tiba berubah kita jarang perasan.

Modus operandi sebeginilah yang kita kena elakkan dengan memilih broker yang diiktiraf dan dikawal selia dengan ketat.

Broker Scam

Broker scam. Ada ke?

Wajib ada! Daripada broker yang tak dapat withdraw duit hinggalah broker yang mengadakan sistem piramid, semua ada.

Jika anda orang lama dalam industri forex ni, salah satu broker yang sangat terkenal dengan sistem piramid mereka adalah GWGFX.

Cari orang dapat duit, deposit duit dapat duit dan pelbagai lagi modus operandi mereka.

Pelik kan? Tak trade pun dapat duit. Percayalah, jangan percayakan broker yang macam ni.

Berjuta wang ringgit ditelan, yang kaya hanyalah pengasas sehingga hari ini melarikan diri tak dijumpai.

Jadi ingat. Jangan sesekali terpengaruh dengan sistem bukan-bukan oleh broker yang berisiko tinggi.

broker scammer
Scammer sanggup buat apa saja untuk dapatkan anda. Jangan tertipu!

Boleh Trade dengan Broker Berisiko Tinggi?

Elakkan! Nama lagi risiko tinggi maka apa yang jadi selepas tu memang tanggung sendiri saja.

Tak dapat withdraw ke, loss memanjang (sebab perangkap broker) semua tanggung sendiri.

Percayalah, pedih kalau terkena dengan broker-broker forex yang tak bertanggungjawab macam ni.

Tak berbaloi dan orang kita kata “tak berapa cerdik” apabila buat keputusan untuk pilih broker berisiko tinggi.

Selanjutnya kita akan mendalami kriteria-kriteria kritikal dalam pemilihan broker Forex. Selain itu memahami bagaimana broker Forex beroperasi.


broker forex
Pilih broker Forex yang dikawalselia dan dipercayai

Memahami Broker Forex

Dalam urusniaga perdagangan Forex (jual beli matawang), trader akan membuat jual beli melalui broker Forex.

Broker Forex, sama ada anda trae untung atau rugi, mereka tetap akan meraih keuntungan.

Bagaimana?

Bagaimana Broker Forex Untung?

Melalui broker fee, spread, kadar belian dan jualan matawang dan lain-lain lagi.

Peranan mereka sebagai orang tengah untuk jual beli menjadikan operasi mereka adalah operasi yang akan berpihak lebih kepada mereka.

Tidak semua broker Forex sengaja membuatkan anda loss, ada juga broker Forex yang lebih suka anda untung kerana makin anda untung, makin mereka akan meraih keuntungan.

Sebaliknya jika anda selalu kerugian, motivasi pun sudah hilang, anda sudah give up anda tidak lagi menggunakan servis mereka, mereka juga akan kerugian.

Jenis-jenis Broker Forex

Ada 4 jenis broker Forex semuanya iaitu :

  • Dealing Desk (DD)
  • No Dealing Desk (NDD)
  • Straight Through Processing (STP)
  • Electronic Communication Network (ECN)
  • Multilateral Trading Facilities (MTF)

Dalam artikel berbeza akan kami jelaskan satu persatu dengan lebih terperinci untuk anda fahami.

kebaikan broker forex
Ketahui kebaikan dan keburukan sesuatu broker Forex sebelum memilih

Memilih Broker Forex

Walaupun kami sudah sediakan senarai broker Forex terbaik di atas, kami percaya anda juga mahukan maklumat lebih terperinci dalam memilih broker Forex kan?

Kriteria Memilih Broker Forex

Jadi kami senaraikan di bawah kriteria-kriteria kritikal dalam memilih broker Forex terbaik untuk anda.

  • Pastikan broker Forex pilihan anda dikawal selia
  • Semak tahun bilakah broker tersebut diasaskan
  • Pilih broker Forex yang ada local deposit & withdrawal
  • Sertai broker Forex melalui IB di Malaysia untuk memudahkan sebarang pertanyaan dan urusan
  • Jika bahasa Inggeris anda tidak berapa bagus, cari support yang boleh berbahasa Melayu
  • Sekiranya broker-broker yang anda senarai-pendek memenuhi kriteria di atas, boleh tengok spread & leverage yang anda rasa berbaloi
  • Jika broker Forex menawarkan bonus, baca syarat-syarat yang berkenaan
  • Tambahan sekiranya mereka adakan seminar percuma, ia adalah yang paling digalakkan

Proses Membuka Akaun Broker Forex

  1. Sediakan dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen, dan bil utiliti
  2. Pastikan anda ada email
  3. Daftar akaun melalui laman web broker Forex pilihan anda
  4. Setelah daftar sahkan pendaftaran menggunakan dokumen-dokumen di atas
  5. Tunggu akaun anda disahkan oleh broker Forex
  6. Deposit wang ke dalam akaun anda (melalui local deposit)
  7. Download & install MT4 broker Forex pilihan anda
  8. Login
  9. Trade
  10. Withdraw keuntungan melalui local withdrawal

Info Tambahan Broker Forex

Sentiasa gunakan local deposit & local withdrawal bagi memudahkan proses anda untuk masukkan dan keluarkan duit dari akaun trading anda.

Sentiasa alert dengan kadar tukaran matawang sebelum deposit dan withdraw. Lain broker, lain kadarnya.

Setiap broker Forex ada jumlah minimum dan maksimum yang berbeza untuk deposit dan withdrawal.

Kebanyakan daripada broker Forex ada menawarkan bonus. Pun begitu, tiap bonus ada syaratnya sendiri dan baca terlebih dahulu apakah syarat-syarat yang ditetapkan.

selamat trade forex
Kami ucapkan all the best kepada anda dalam industri Forex!

Kesimpulan

Banyak lagi maklumat berkaitan dengan broker Forex yang boleh kami jelaskan.

Pun begitu, akan kami tulis dalam artikel akan datang dengan pecahan artikel yang lebih pendek berbanding artikel ini untuk kemudahan anda membacanya.

Apa pun, ini adalah salah satu artikel panjang khas kepada anda untuk memahami broker Forex dan memberi anda maklumat penuh dalam memilih broker Forex terbaik.

Kami ucapkan selamat datang ke industri Forex Trading dan moga dengan Forex Trading anda boleh menampung kewangan anda dan keluarga.

Sekiranya anda mahu membuka akaun broker Forex yang kami senaraikan, boleh klik di bahagian buka akaun di bawah.

BrokerTahun DiasaskanDikawal SeliaLocal Depo & WDBuka Akaun
XM2009FCA, CySec, ASIC✔️
FBS2009IFSC✔️
FXPro2006FCA✔️

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *