Jenis Broker Forex Yang Wajib Tahu

Dikemaskini pada

Dalam artikel ini kami akan senaraikan jenis-jenis broker Forex yang ada dalam industri Forex yang bagi kami, semua trader Forex kena tahu.

Mencari broker Forex yang dikawal selia dan diyakini trader hari ini tidak susah. Dalam artikel Senarai Broker Forex Terbaik ini kami senaraikan broker Forex yang anda boleh gunakan.

jenis broker forex 1

2 Jenis Broker Forex Utama

Terdapat 2 jenis broker Forex utama yang digunakan oleh para trader Forex untuk trade matawang.

Yang pertama ialah Dealing Desk dan yang kedua ialah Non-Dealing Desk.

Jadi, nak pilih yang mana satu?

Sabar. Kita pergi satu persatu untuk fahamkan. Ibarat masuk restoran, perkara pertama kita cek menu terlebih dahulu barulah kita pesan makanan. Kan?

Broker Dealing Desk (DD)

Jika kita tengok maksud mudah Dealing Desk kita faham ia sebagai meja berunding dan sebenarnya itulah maksud broker DD. Mereka adalah orang tengah antara kita dan institusi-institusi kewangan yang besar seperti bank, hedge fund dan lain-lain.

Broker Dealing Desk (DD) juga dikenali sebagai Market Maker. Broker jenis ini meraih keuntungan melalui spread tetap dan menyediakan khidmat wang dalam akaun anda.

Broker DD dipanggil market maker kerana mereka membuka ruang pasaran kepada klien (trader) dan kebiasaannya mereka akan buka posisi dagangan terbalik dengan anda.

Bergantung kepada posisi dagangan anda, jika menguntungkan maka mereka akan turut serta dalam posisi tersebut.

Jika sebaliknya, anda dalam posisi kerugian, mereka akan trade melawan arus posisi anda dan mereka masih akan untung ketika anda kerugian.

Anda akan lihat kadar tukaran matawang mereka berbeza dengan bank kerana mereka boleh meletakkan kadar mengikut kehendak mereka.

Pun begitu jangan risau, kadar matawang yang diletakkan oleh mereka tidaklah begitu ketara kerana persaingan antara broker sangat sengit dan trader biasanya akan memilih kadar tukaran yang paling dekat dengan kadar bank.

Cara mereka menguruskan urusan jual beli anda adalah dengan key-in order anda bersama klien lain atau penyedia mudah tunai (baca:liquidity) dengan saiz yang besar untuk meminimakan risiko mereka.

Sekiranya tiada order yang match maka mereka akan trade melawan arus anda. Kiranya anda buy, mereka sell untuk pastikan order itu match.

Salah satu kebaikan menggunakan broker DD adalah mereka biasanya mempunyai akaun kecil seperti mini, mikro dan nano.

Dengan modal yang tidak begitu besar, anda masih lagi boleh trader Forex di akaun broker-broker ini.

jenis broker forex 2

Broker Non-Dealing Desk (NDD)

Broker Non-Dealing Desk dibahagikan kepada tiga iaitu:

  • Straight Through Processing (STP)
  • Electronic Communication Network (ECN)
  • ECN + STP

Seperti DD, broker non-Dealing Desk membawa maksud yang sama dengan bahasa Melayu di mana NDD adalah broker yang tidak memerlukan meja rundingan.

Mereka dianggap sebagai jambatan antara kita terus ke institusi-institusi kewangan yang besar seperti dijelaskan di atas iaitu bank, hedge fund dan lain-lain.

Biasanya NDD meraih keuntungan dengan meletakkan caj tambahan sebagai komisen mereka.

Broker STP

Masih di bawah NDD, broker Straight Through Processing mempunyai sistem yang menghalakan order klien terus ke arah pasaran antara bank.

Kebanyakan daripada broker STP mempunyai penyedia mudah tunai mereka sendiri dengan setiap penyedia tersebut mempunyai harga ask & bid sendiri.

Katakanlah broker STP anda ada 3 penyedia mudah tunai yang berbeza, sekali anda meletakkan order, ketiga-tiga penyedia akan memberi tawaran harga yang berbeza-beza.

Bergantung kepada broker, mereka yang akan pilih penyedia yang mana satu paling rendah tawar dan akan markup harga kepada anda. Itulah cara broker STP meraih keuntungan.

Ada broker STP menawarkan spread tetap ada juga yang menawarkan spread yang berbeza-beza.

Broker ECN

Broker ECN adalah broker yang membenarkan order klien terus dihubungkan bersama dengan klien lain iaitu klien besar.

Mereka adalah bank, mutual fund, hedge fund dan lain-lain institusi kewangan yang besar.

Jika anda trader yang menggunakan broker ECN, anda dibenarkan untuk melihat Depth of Market yang mana boleh membantu anda untuk membuat keputusan trading anda.

Broker ECN meraih keuntungan melalui komisen per trade, bukan daripada spread.


Broker NDD biasanya tidak menyediakan akaun mini, mikro dan nano sebaliknya modal yang besar diperlukan untuk mula berdagang di akaun NDD.

Kesimpulan

Kepada trader baru, buka akaun DD atau market maker kerana mereka menyediakan akaun kecil, jadi modal anda juga kecil untuk bermula.

Semasa di broker DD anda belajarlah trade matawang dengan betul dan belajar kawal emosi dan uruskan risiko dengan baik.

Diibaratkan sebagai eksperimen, broker DD tidak akan buat anda burn duit terlalu banyak akibat kesilapan anda kerana anda mempunyai akaun yang cukup kecil untuk mengawal risiko anda sendiri.

Bagi trader lama, terpulang. Anda boleh trade di akaun broker DD mahupun di akaun broker NDD.

jenis broker forex 3
Uruskan risiko anda dengan baik untuk meraih keuntungan dalam industri Forex

Apa pun kami ucapkan moga kental bertarung di medan Forex dan ingat, teruskan mencuba dan elakkan daripada berjudi!

Jika anda mahu buka akaun, di bawah merupakan broker Forex yang kami sarankan. Buka akaun dengan klik butang buka akaun.

BrokerTahun DiasaskanDikawal SeliaLocal Depo & WDBuka Akaun
XM2009FCA, CySec, ASIC✔️
FBS2009IFSC✔️
FXPro2006FCA✔️

Belajar Forex Dengan Betul

Setelah anda kenal pasti broker Forex yang mana anda mahu buka akaun, 1 nasihat daripada kami;

Belajarlah trade Forex dengan betul. Cari guru yang baik, cari guru yang betul-betul mempunyai kelayakan dalam menjadikan anda sebagai trader Forex yang hebat.

Ingat, trade Forex, saham mahupun komoditi, semua ini adalah satu karier. Ia bukan sahaja boleh menampung kehidupan anda daripada segi kewangan malah anda juga boleh berkecimpung dalam industri kewangan dengan lebih serius.

Ramai melihat trade Forex adalah salah satu cara untuk buat duit dengan cepat. Sebenarnya kena ingat, buat duit cepat, hilang duit cepat pun boleh di medan tempur dagangan matawang ni.

Jadi, siapa yang boleh turut bertempur dalam medan ini?

Jika anda betul-betul serius mahu berkecimpung dalam industri kejam ini, belajarlah selok belok Forex terlebih dahulu.

Belajar Technical Analysis, Fundamental Analysis dan fahamkan pasaran yang anda masuk.

Lain padang lain rumputnya.

Tetapi!

Dengan mendalami TA FA dan segala apa yang perlu, anda boleh terjun ke dalam pasaran yang berbeza-beza bergantung kepada pengalaman anda.

Ia merupakan satu perjalanan, bukan penghujung jalan. Mungkin anda bermula dengan Perodua Kancil dan akan upgrade memandu Audi TT.

Mungkin juga akan akan bermula dengan Honda Civic dan akan downgrade kepada Proton Iswara.

Fahamkan dan anda tahu apakah maksud saya di sini. Sehingga berjumpa lagi di artikel seterusnya ya…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *