Panduan Lengkap Pilih Broker Forex

Dikemaskini pada

Dalam artikel ini, kami akan bantu anda bagaimana untuk pilih broker Forex yang sesuai dengan modal dan situasi anda.

Sekiranya anda terus mahu dapatkan senarai broker Forex pilihan kami, anda boleh ke artikel Senarai Broker Forex Terbaik untuk terus memilih salah satu daripada senari kami.

Memilih Broker Forex

Nak mula trade atau dah lama trade, gunalah broker selamat

Trader Otai

Apa yang trader otai cakap di atas tepat sekali dan sesiapa yang mulakan karier dalam Forex Trading dengan broker yang entah apa-apa, pendek kata cari nahas sahaja.

Bayangkan, hari ini deposit duit, 2 3 hari lagi nak withdraw (tak jadi trade), tak dapat withdraw.

Ataupun bulan ini trade semua cantik, untung semua cukup untuk tanggung 2 3 bulan makan, akhirnya tak dapat withdraw, sangkut di broker.

pilih broker forex dengan baik
Untung biarlah boleh withdraw, jangan untung saja tapi withdraw sangkut

Apa nak buat?

Biasanya ramai trader yang terkena dengan broker putih mata saja tengok duit dalam akaun. Ingat, untung itu hanyalah milik kita setelah duit ada dalam akaun bank kita.

Memilih broker Forex ibarat memilih bank yang selamat dan sesuai dengan keadaan kita. Kita tak akan pilih bank yang tidak dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia kan?

Sama dengan broker Forex, kami tak mahu anda pilih broker semberono tidak dikawal selia dan tidak selamat!

persaingan-broker-forex
Persaingan broker Forex memberi kelebihan kepada trader

Persaingan Broker Forex

Hari ini banyak broker forex yang boleh dipilihguna. Dengan semakin ramai trader Forex muncul, begitu jugalah broker Forex datang memberi tawaran dan mengajak untuk trade bersama mereka.

Konsep supply & demand di mana-mana.

Anda, Forex trader adalah demand kepada broker Forex. Semakin tinggi demand, semakin tinggi supply.

Sebagai seorang Forex trader yang bijak, memilih broker Forex adalah salah satu checklist penting anda dalam berdagang matawang.

Persaingan sengit antara broker Forex sebenarnya bagus untuk Forex trader kerana mereka akan bersaing untuk memberikan servis yang terbaik dengan kadar tukaran matawang yang juga berpatutan.

Bergantung kepada anda untuk memilih jenis broker Forex yang macam mana, tapi kekalkan kualiti pemilihan dengan memastikan dikawal selia dan mematuhi faktor-faktor pemilihan broker Forex di bawah.

Keselamatan

Faktor pertama dalam pemilihan broker Forex adalah keselamatan. Secara asasnya, kita tidak akan hulurkan wang bernilai ratusan apatah lagi ribuan ringgit kepada seseorang yang kita tidak yakin langsung kredibilit orang tersebut.

Sama sepeti broker Forex, kita lebih cenderung untuk berikan wang kepada broker yang boleh dipercayai dan diyakini.

Jadi macam mana nak pilih broker Forex yang dikawal selia dengan ketat? Tidak susah, ada badan-badan yang mengawal selia broker-broker yang mempunyai lesen.

Badan-badan kawal selia broker Forex bertempat di negara-negara yang mana broker Forex itu mendaftar syarikat dan operasi mereka.

Kami senaraikan badan kawalselia broker Forex yang terkenal dan wajib anda ketahui untuk memilih broker forex yang selamat.

Senarai Badan Kawal Selia Broker Forex Mengikut Negara

  • Amerika Syarikat : NFA & CFTC
  • Australia : ASIC
  • Belize : IFSC
  • Cyprus CySec
  • Hong Kong : SFC
  • Jepun : FFAJ & FSA Japan
  • Kanada : BCFC, CIPF & OSC
  • United Kingdom : FCA
keselamatan-broker-forex
Pilihlah broker Forex yang dikawal selia oleh badan yang sepatutnya

Broker Forex yang kami sarankan seperti XM, FBS & FXPro mempunyai lesen kawal selia dan sangat diyakini.

Boleh lihat di bawah ketiga-tiga broker ini dikawal selia oleh siapa dan jika anda berminat untuk buka akaun, boleh klik butang merah di sebelah kanan.

BrokerTahun DiasaskanDikawal SeliaLocal Depo & WDBuka Akaun
XM2009FCA, CySec, ASIC✔️
FBS2009IFSC✔️
FXPro2006FCA✔️

Broker yang kami sarankan di atas juga mempunyai local deposit & withdraw yang akan diulas juga dalam antara faktor pilih broker Forex.

Untuk senarai penuh badan kawalselia boleh klik sini.

DD atau NDD?

Pilih Dealing Desk Broker atau Non-Dealing Desk Broker?

Jika soalan ini adalah soalan anda, maka anda tahu jenis-jenis broker Forex seperti dalam artikel ini.

Secara mudahnya, jika anda baru saja mahu mulakan perjalanan dalam Forex Trading, kami cadangkan anda pilih dealing desk broker.

Manakala jika anda seorang trader yang lama, kedua-dua broker di atas sesuai dengan anda.

Keselamatan Data

Data anda ibarat segala harta benda anda. Data sekali dihack atau dimiliki oleh orang lain, ibarat anda sudah ditelanjang bogel oleh hacker tersebut.

Daripada email anda hinggalah password malah gambar dalam email anda juga boleh didapati oleh hacker sekiranya mereka dapat akses data anda.

Pada tahun 2015 FXCM telah dihack dan terdapat akaun melakukan transaksi tanpa pengetahuan pemiliknya dan pada tahun 2014 eToro telah diserang DDOS dan semua transaksi terhenti serta merta!

SSL

Untuk memastikan anda memilih broker Forex yang ketat keselamatan datanya, pilih broker Forex yang mempunya SSL pada laman web mereka.

Contoh SSL adalah seperti yang anda lihat dalam gambar di bawah.

ssl broker forex

MyKewangan.com adalah laman web yang mempunyai SSL bermaksud ia adalah laman web yang secure. Mangga hijau itu adalah lambang kepada web yang selamat untuk dilayari dan data anda selamat di dalamnya.

Contoh broker-broker yang secure untuk anda masukkan data ke dalam web mereka adalah seperti di bawah, FBS, FXPro & XM iaitu 3 broker yang kami sarankan.

Pun begitu, laman web yang mempunyai SSL tidaklah semestinya secure 100% kerana hacker akan sentiasa akan cuba untuk hack laman web kewangan terutamanya.

Tetapi anda jangan risau, masalah ini adalah masalah pada pihak broker Forex dan jika berlaku serangan begini, akan ada pampasan dan sebagainya kepada klien mereka.

2 Factor Authentication

Sebaiknya pilih broker Forex yang mempunyai 2 factor authentication iaitu fungsi mengunci akaun dengan 2 perkara.

Seperti app lain yang melibatkan duit, kebiasanya fungsi ini memang ada untuk memastikan yang login akaun anda ialah anda, bukannya orang lain.

Fungsi ini juga adalah untuk menambah keselamatan supaya susah untuk digodam.

Dasar Privasi

Sentiasa semak privacy policy broker Forex anda untuk memastikan data-data anda tidak dikongsi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

privasi-broker-forex
Elakkan daripada data anda digodam dengan melayari web yang tiada SSL

Kos Transaksi

Tidak kira anda scalper mahupun swing trader, pastikan anda tahu kos per transaksi anda.

Jika anda seorang scalper, pastikan anda semak sama ada broker Forex yang anda pilih membenarkan scalping atau tidak.

Ingat, bermula daripada anda deposit matawang, broker Forex akan meraih keuntungan hinggalah anda profit atau loss dan withdraw mereka masih meraih keuntungan.

Antara kos yang berkaitan adalah pada spread dan pilihlah caj yang bagi anda boleh terima dan berbaloi.

Deposit & Withdraw

Sebelum anda deposit wang, semak berapa kadar tukaran matawang MYR→USD dan USD→MYR untuk withdraw.

Selain daripada kos deposit dan withdraw, pastikan broker Forex yang anda pilih ada local deposit & withdraw iaitu orang yang menguruskan urusan duit anda yang berada di Malaysia.

Elakkan daripada berkomunikasi dengan support service yang berada di luar negara kerana perbezaan waktu operasi akan menjadi masalah.

Dengan local deposit & withdraw masa yang diambil sangat cepat.

Platform MT4 & MT5

Pilih broker yang ada platform MT4 & MT5. 2 platform ini merupakan platform yang paling mudah untuk digunakan.

Indikator dalam kedua-dua platform ini juga boleh membantu anda untuk trade.

mt4
Platform MT4 adalah platform paling banyak digunakan oleh trader Forex

Margin & Leverage

Margin adalah sejumlah wang yang dijadikan leverage kepada trader Forex untuk trade melebihi modal mereka.

Pilih broker yang mempunyai pilihan margin dan leverage yang banyak sekiranya anda mempunyai modal yang kecil untuk memastikan anda sentiasa jaga risiko yang bakal diambil.

Khidmat Pelanggan

Khidmat pelanggan broker Forex juga merupakan salah satu faktor penting dalam pemilihan broker Forex.

Seperti yang kita nak, kita mestilah mahukan respon paling cepat daripada khidmat pelanggan kan?

Jadi pilihlah broker yang mempunyai khidmat pelanggan lokal iaitu di Malaysia malah yang boleh berbahasa Melayu.

khidmat-pelanggan-broker-forex
Khidmat pelanggan yang baik akan sedia membantu anda!

Kriteria Broker Berisiko Tinggi

Broker berisiko tinggi mempunyai kriteria-kriteria seperti di bawah dan ramai trader juga terkena dengan broker-broker ini.

  1. Broker memanipulasi trade (candle melawan arus harga sebenar)
  2. Candle broker sentiasa cari stop-loss sebelum ke arah yang benar
  3. Slippage dan delay semasa trade
  4. Pergerakan harga yang merapu
  5. Platform tiba-tiba tidak dapat digunakan
  6. Tidak boleh close trade melebihi 5 minit
  7. Keuntungan yang dinafikan
  8. Deposit hilang
  9. Withdraw dinafikan
  10. Khidmat pelanggan tidak profesional
  11. Khidmat pelanggan tiada respon
deposit-withdraw-broker-forex
Sebelum pilih broker Forex pastikan anda semak checklist kami di bawah

Kesimpulan

Ingat, pilihlah broker Forex yang :

  • Dikawal selia oleh badan yang sepatutnya
  • Data dijaga dengan ketat
  • Pilih DD atau NDD dengan baik
  • Mempunyai khidmat pelanggan yang bagus
  • Ada local deposit & withdraw
  • Margin & Leverage yang banyak pilihan
  • Spread dan kos yang minimal

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *